Blog Familiku

Bukan Sekadar Blog Keluarga!!

27 Mei 2010

Pindah Domain Belum Berjaya

Salam Dari Kaki Gunung Kinabalu…

Buat pengetahuan semua, proses migrasi ke hosting baru baru 50% siap. Hosting dah ok cuma pindah domain yang belum lagi.

Pindah domain ini sebenarnya memerlukan EPP Code

EPP Code tu apa?

EPP Code juga dikenali sebagai “authorization key” atau “EPP key”. Secara ringkasnya ia adalah kod kebenaran untuk kita memindahkan domain dari satu pembekal domain ke pembekal yang lain.

Sekiranya EPP Code silap semasa pemindahan domain, pemindahan akan gagal dan ini sebenarnya menyelamatkan domain kita daripada ‘diculik’ anasir jahat!

Banyak lagi info mengenai EPP Code di sini..

Share

25 April 2010

MENGAPA NUFFNANG DOWN?

Apakah sebabnya?

Share

13 Julai 2009

Review: BumpIn - Bicara Secara Online

bumpin

Tercari-cari widget chat untuk blog anda? Usah risau kerana BumpIn pasti akan membantu anda. Selain widget chat, anda juga boleh mereka chatroom.

Ciri-ciri (p/s: malas nak translate);

  • Enable live conversations around your content
  • Let your visitors discover each other
  • Make each page a live discussion board
  • Drive live trafic to your website
  • Enhance the stickyness of your website

Jenis-jenis rekabentuk widget chat yang ada adalah:

Chat room boleh diletak di:

Selamat Mencuba!

Share

24 Jun 2009

Apa Apa Dengan BLOG?

blog logo

Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.

Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.

Istilah “blog” merupakan kata lakur untuk perkataan “web” dan “log” (Web log). “Blog” juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian “untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog.”

Pada bulan Nov 2007, Technorati, enjin carian blog, sedang menjejaki melebihi 120 juta blog, meningkat dua kali ganda sejak awal Januari 2007

Sumber: Wikipedia

Share

14 Mei 2009

Selamat Hari Guru!!

Blog Familiku mengucapkan Selamat Hari Guru. Berikut ada sedikit info mengenai Hari Guru.

PENGENALAN

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

LOGO HARI GURU

logohariguruq

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

 

TEMA

  • 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  • 2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
  • 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  • 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  • 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  • 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  • 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  • 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
  • 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  • 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  • 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  • 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  • 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  • 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  • 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  • 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  • 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
  • 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  • 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
  • 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  • 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  • 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  • 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  • 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  • 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
  • 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  • 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  • 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  • 1975 Guru dan Pembangunan Negara
  • 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  • 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  • 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Sumber: Sambutan Hari Guru 2009

Share

12 Mei 2009

PERCUMA.CC - Pendekkan URL & Menang Hadiah!

percuma

Peraduan: ‘Review’kan Percuma.cc
Syarat: (1) Mestilah Warganegara Malaysia. (2) Mesti LinkBack Review ke PERCUMA.CC (3) Kreatif
Hadiah: PenDrive 2GB
Tarikh Tutup: Akan diberitahu
** Nota: Emelkan Nama, Alamat, URL Linkback & Review Anda ke admin@mustaffa.org

Share

1 Mei 2009

Updated: Blog Ibu Hamil

banner

Sekarang sibuk update projek baru: Blog Ibu Hamil

Share

16 April 2009

Award


From Working Mom’s Blog

Share

Blog Ibu Hamil Yang Belum Sempat Siap

hamil

Begitulah nasib blog ni.. yang masih dalam proses menambah entri, theme & plugins..

Luahan isteriku yang berniat untuk membantu aku menyumbang pengalaman/idea/pendapatnya dalam penulisan blog ibu hamil mungkin tak kesampaian kerana pagi tadi jam 4 pagi dia di masukkan ke Hospital Likas Kota Kinabalu kerana ada tanda-tanda hendak bersalin. Kalau nak ikut due date dia.. seminggu lebih lagi..

Untuk keselamatan ibu dan anak.. aku mesti hantar dia ke hospital. Takut nanti.. nasi menjadi bubur…

Masa memandu balik dari hospital jam 8 pagi tadi, terfikir pula pasal nama anak. Aku memang dah ada plan awal-awal nama anak yang kedua ni. Tapi jantinanya isteri aku rahsiakan. Tapi dah standby 2 nama.

Jika,

  • Lelaki - Mohd. Nacqris Mustaffa
  • Perempuan - Nacqrisma Mia Aryma Mustaffa

Maksud nama ni.. ada berkaitan dengan Perasaan Ingin Mencintai dan Mahu Dicintai (Bahasa Sepanyol yang di’Melayu’kan- ubah sikit)

Anda ada apa-apa cadangan nama?

Share

10 April 2009

Review: GROU.PS - Portal Komuniti Percuma

Sempena cuti Good Friday (kat Sabah masa ni), saya nak memperkenalkan satu laman web yang menyediakan perkhidmatan membina portal percuma ( DIY Concept)

Antara Module yang ada adalah;

  1. My Page
  2. People
  3. Map
  4. Talks (forum)
  5. Blogs
  6. Photos
  7. Calendar
  8. Links
  9. Groups
  10. Files (muat turun)
  11. Videos (Youtube)

Sekiranya anda dah berjaya membina laman portal anda, kongsi-kongsilah dengan saya di sini.. biar komuniti kita besar..

Selamat Mencuba!

Klik Sini untuk Mencuba!!

p/s: Langgan RSS / berdaftar menjadi ahli untuk mendapatkan info terkini.

Share

2 April 2009

Penipuan Google Adsense

Sebenarnya, bukan Google Adsense yang menipu tetapi ahlinya yang mengatakan mereka dah kaya dan dapat banyak duit dengan Google Adsense.

Memang tak dinafikan, ada yang benar-benar sudah kaya dan tidak kurang ada yang masih di takuk yang lama. Pada hari ini saya nak berkongsi maklumat. Biasanya kita akan melihat iklan-iklan Pakar-pakar penipu Google Adsense akan memaparkan screenshoot wang yang mereka dapat jana dengan Google Adsense.

Saya pun boleh.. tengok ni

AdSenseKing

 

Mudah sahaja, Klik Di Sini anda akan mendapat kekayaan yang anda inginkan.

P/S: Bila dah kaya.. jangan lupa belanja saya!!

Share

27 Mac 2009

CloseUp!+ Nokia 5800 XpressMusic

Salam sejahtera semua.

Rasa penat sangat-sangat. Baru balik dari out-station di Keningau, Nabawan & Tambunan di Sabah. Lama jugak tak online dan update blog. Sibuk kerja tak bermakna blog terus dilupakan. Saya ada buat satu lagi blog yang memaparkan minat saya yang mendalam di dalam seni fotografi & yang paling penting, saya ambil gambar tu guna handphone sahaja. Walaupun kualiti kurang.. ia cukup baik jika dapat dikongsikan bersama..

Share

17 Mac 2009

Projek: Lelong Percuma

Sejak sekian lama menyepi, tak bermakna saya terus menghilang.. Saya sebenarnya sibuk bekerja. Di samping itu, saya juga telah menghasilkan satu web jualan yang percuma. Ia sudah dibuka untuk urusan jual beli.

Bagi sesiapa yang ada stuff nak dijual, bolehlah mencuba di Lelong Percuma. Saya tak sangka dengan adanya hosting murah, saya mampu memiliki domain dan hosting untuk web Lelong Percuma itu. Kita boleh sertai afflliate untuk menjana pendapatan sampingan kita.

LELONG2

Share

15 Februari 2009

Review: Direktori Blog Popular

blogpopular

Senaraikan Laman Blog Anda di Direktori Blog Popular Di Malaysia. Pendaftaran PERCUMA. Daftar Di Sini.

Share

5 Februari 2009

Jimat Hosting untuk Emel

Google Mail

Hari ni nak berkongsi sedikit tips mengenai cara jimat hosting untuk simpan emel. Pada awal pembabitan dalam penulisan blog, saya membeli domain dan hosting yang kecil kapasitinya. Saya telah menggunakan cara mudah untuk menjimatkan ruangan hosting saya. Anda boleh mencuba dengan mengikut langkah berikut;

  1. Register akaun email Google (Email Google > 2GB) khas untuk blog anda. contoh: emelanda@google.com.
  2. Set kan Forwarding System di email hosting supaya setiap mail yang diterima di forwardkan ke email google anda (emelanda@google.com)
  3. Anda mempunyai pilihan untuk membaca email dari akaun email Google atau akaun email hosting.
  4. Untuk mengurangkan penggunaan ruang di hosting anda, anda boleh delete semua email dari akaun hosting setelah membacanya. Anda tidak perlu risau kerana anda mempunyai backup di email Google.

Selamat Mencuba!

Share
Laman Berikutnya »