Blog Familiku

Bukan Sekadar Blog Keluarga!!

21 April 2008

Wawasan Sifar Kematian di Jalan Raya

Wawasan Sifar Kematian di Jalan Raya ini adalah kesinambungan daripada pelbagai usaha-usaha kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan raya di Malaysia.Sila amalkan 8 petua keselamatan jalan raya iaitu:-

  1. Rancang perjalanan anda. Jika anda berasa letih mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda
  2. sentiasa ikut had laju yang ditentukan
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran.lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah dan kuning
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain sepanjang masa kerana ini menjadi punca kemalangan yang serius
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

     

Pandu Cermat Jiwa Selamat!!!

Share

TOP UP TAHAN LAMA

org kata pkai line lg save dr d prepaid.. tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni.. top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun, hantar brape juta sms skalipun..

mgkin rezeki aku aritu, pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, dia ajr camner nk crossing account, coz dia keje kt bhgn System Development maxis. kekdg aku tlg gak memember trdekat top up, tp amik untung sket aar..

Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akanauto detect & batal no korg.

timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats. Coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes.. kene try & error.

 
 

1) beli topup RM 10…gesek & ready.

2)korg type <**REC 10 ><space> <CROSS> , then send to 09901

3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.

4)pastu korg type <**REC 10><space> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902

5)pastu diorag akn reply “insert urtopup num”, so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya ;

01234567891023> <space> <forever charge> send to 09903

6)tak lama pastu diorg akn reply ;

 
 

“tengkorak kau berjambul.. ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau”

hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.. kecik ati aku..

kdg2 diorg reply lebih ‘kesat’ dpd di atas dlm pelbagai bahasa, blh menitik air mata beb.. dahla,

penat plak menipu nih..

 
 

pi sambung buat keje..

slm maju jaya.. :)

 
 

SUMBER: EMEL

Share

IBUKU SEORANG PEMBOHONG

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

 
 

PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “”Makanlah nak ibu tak lapar.” -

 
 

PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.”

 
 

PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.” -

 
 

PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Di hujung musim persekolahan, ibu tak pergi ke kebun supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!” -

 
 

PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki.” -

 
 

PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : “Jangan susah-susah, ibu ada duit.” -

 
 

PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; “Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.” -

 
 

PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh di seberang samudera, terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.” -

 
 

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ‘Ibu, saya sayangkan ibu.’ Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

 
 

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Sumber: Emel

Share

15 April 2008

Aduh Saleha!!

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Loloq…

 
 

Lagu : Aduh Saleha

Penyanyi : Mawi

Komposer : M. Nasir

Penulis Lirik : Rosli Khamis

 
 

ADUH SALEHA

// Rintihan ku kepada orang-orang yang soleh dan solehah

Mana rayuanku hendak ku sampaikan

// Bagaimana mungkin ku hendak sampaikan kata-kata nasihat

rindu berahiku pada kasih yang jauh

// Aku amat mendambakan kasih Tuhan tetapi aku masih jauh dari-Nya

jauh bukan jarak dan tempat

// bukan jauh jarak atau di mana aku berada

jauh nama dan pangkat

// tapi jauh dari segi amalan ku dan kedudukanku di sisi-Nya

Mana penggantimu hendak ku dakapkan

// Di mana aku hendak mencari penggantimu untuk ku bergantung

dendam asmaraku pada cinta yang luruh

// Aku inginkan cinta yang menyerahkan sepenuh jiwa dan jasad

luruh bukan daun dan bunga

// Bukan menyerahkan harta dan wang ringgit

luruh jiwa dan badan

// tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan jasad

Bertahun ku sandar percaya

// Sudah lama kita menjadi seorang muslim dan mengamalkan suruhan-Nya

(adakah ia hanya disandar bukan dikandar?)

tak mungkin padam cahaya

// dan kasih dan cinta Tuhan tidak akan terhenti terhadap hamba-Nya

cintamu bagai rembulan

// Kasih sayang para solihin dan solehah sesama mukmin sentiasa terpancar dan ada

hilang dipandangan

kala langit dilindung awan

// Namun, kekadang terlindung juga apabila ada yang menghalang (atau kita sendiri yang tidak mahu menerima)

Aduh mahkota terhempas

// Kekuasaan kita sebenarnya hampir musnah, raja-raja hilang kuasa, maruah anak-anak bangsa tiada (zina, maksiat dan hedoisme berleluasa)

barulah ku sedar,

yang ku sangkakan intan oh hanyalah kaca

// Barulah kita perasan apa yang kita sangkakan baik selama ini adalah sebaliknya

 
 

Sesudah berdarah barulah ku sedar

// Apabila mengalaminya sendiri dan mendapat bala/musibah baru kita tersedar dari angan

jiwa ku tercalar ohhh.. sakitnya bukan kepalang

// Akhirnya jiwa kita tersiksa dan hati semakin gelap tanpa pedoman

Kau biarkan aku sendiri menderita susah - nasib hidupku saliha

// Orang-orang yang soleh dan solehah semakin jauh dari kita (kita yang menjadikanya begitu, bukan ?) Hidup kita susah (jiwa yang muflis) walaupun senang (harta bertimbun tanpa berkat)

Kau biarkan aku sendiri melewati sepi - dalam hidupku saliha

// Kita sudah kesepian kerana meninggalkan nasihat dan kata-kata orang-orang yang soleh

kau biarkan aku sendiri meratapi nasib - dalam derita saliha

// Akhirnya kita terpaksa meratapi nasib kita yang penuh derita buatan kita sendiri

ohh……… saliha

// Tolonglah aku orang-orang yang soleh

 
 

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat penulis lirik ini, Rosli Khamis atau Loloq.

Semoga rohnya dirahmati dan diberkati-Nya.

 
 

Nota :

 
 

Kesedaran yang digambarkan ini mungkin kita akan sedari satu waktu nanti.

Mungkin kita sedari bila kita kurang kuasa (sudah tua) atau tiada kuasa

( sudah tiada).

 
 

Marilah bersama-sama kita renung dan hayati kata-kata nasihat alim ulamak yang soleh dan solehah. Kalau tidak tahu, bertanya pada yang tahu, Malu bertanya sesat jalan, bertanya pada yang tahu.

 
 

Izinkan aku bertanya , sesudah nabi besar junjungan kita dan para sahabat tiada, kepada siapa kita hendak berpaut dan mendapat bimbingan ?

Adakah kita semakin dekat dengan Nur atau semakin dalam kegelapan ?

Fikir dan jawab sendiri !!

 
 

SUMBER: forwarded thru e-mail

Share

9 April 2008

Konvokesyen

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com
Discount Magazine Subscriptions - Save big!

Share

Orang Kaya Baru

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com
Discount Magazine Subscriptions - Save big!

Share

8 April 2008

Beli Belah Secara On-Line

  1. Gunakan perisian anti-virus dan firewall personal.
  2. Pastikan pelayar web dan sistem operasi anda dikemaskini.
  3. Jangan mendedahkan informasi tentang kewangan anda di dalam emel.
  4. Berhati-hati dan selalu berwaspada ketika membuka setiap lampiran yang disertakan di dalam emel.
Share

Ikan

Inilah ikan yang aku lukis masa aku boring-boring….

Share

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

 

  1. Dutch Lady - Susu
  2. Ferrero Roche - Coklat
  3. Wall’s - Ais Krim
  4. Ing -Insurans
  5. Planta -Magerin
  6. Lady’s Choice -Magerin
  7. Lipton -Teh
  8. Shell -Minyak
  9. Knorr -Perisa Makanan
  10. Dove -Mandian
  11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
  12. Radiant -Deodoran
  13. Rexona -Deodoran
  14. Ponds -Produk Kecantikan
  15. Kieldsens -Coklat
  16. Slimfast -Produk Pelangsing
  17. Lego -Kismis
  18. Philips -Barangan Elektrik
  19. Duyvis -Makanan Ringan
  20. Gouda -Keju
  21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
  22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
  23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
  24. Labello -Lip Balm
  25. Pickwick -Teh
  26. Venz -Mentega Coklat
  27. Kinder Bueno -Coklat
  28. Unilever -Syarikat
  29. Sunsilk -Shampoo
  30. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
  31. Lux -Mandian
  32. Vaseline -Lip Balm
  33. Cif -Pencuci Lantai
  34. Surf -Pencuci Kain
  35. Wishbone -Pencuci Kain
  36. Doriana - Keju Krim
  37. Bertolli -Minyak Masak
  38. Clear -Shampoo
  39. Breeze -Pencuci Kain
  40. Sun -Pencuci Kain
Share

JAWATAN KOSONG (SARAWAK)


<

td style="padding:1px;">

30-03-2008

No.

Nombor Iklan

Jawatan

Tarikh Iklan

Tarikh Tutup

1.

J04F2008

PEMBANTU TEKNIK (AWAM)

08-04-2008

08-05-2008

2.

J04E2008

PEMBANTU TEKNIK (SENI BINA)

08-04-2008

08-05-2008

3.

J04D2008

PEMBANTU TEKNIK (MEKANIKAL)

08-04-2008

08-05-2008

4.

J04C2008

JURUUKUR (BAHAN)

08-04-2008

08-05-2008

5.

J04B2008

JURUTERA (AWAM)

08-04-2008

08-05-2008

6.

J04A2008

ARKITEK

08-04-2008

08-05-2008

7.

S45A2008

TUKANG K3 (TUKANG KAYU)

30-03-2008

21-04-2008

8.

S44A2008

TUKANG K3 (TUKANG CAT/TUKANG TULIS)

30-03-2008

21-04-2008

9.

S43A2008

PEMBANTU TADBIR RENDAH (PEMBACA METER)

30-03-2008

21-04-2008

10.

S42A2008

PEMBANTU TABDIR RENDAH (JURUTAIP)

21-04-2008

11.

S41A2008

JAGA

30-03-2008

21-04-2008

12.

S40A2008

PEKERJA RENDAH AWAM (TUKANG KEBUN)

30-03-2008

21-04-2008

13.

S39A2008

PEKERJA RENDAH AWAM (DREBAR ENJIN MOTOR SANGKUT)

30-03-2008

21-04-2008

14.

S38A2008

PEKERJA RENDAH AWAM (AMAH)

30-03-2008

21-04-2008

15.

S37A2008

PEKERJA RENDAH AWAM

30-03-2008

21-04-2008

16.

S36A2008

PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR

30-03-2008

21-04-2008

17.

S35A2008

PEKERJA RENDAH AWAM KHAS (ATENDAN LOJI)

30-03-2008

21-04-2008

18.

S34A2008

PEKERJA RENDAH AWAM KHAS (OPERATOR ENJIN)

30-03-2008

21-04-2008

19.

S33A2008

OPERATOR MESIN PROSESAN DATA

30-03-2008

21-04-2008

20.

S32A2008

PEMBANTU AM RENDAH (PENGHANTAR SAMAN)

30-03-2008

21-04-2008

 

Share

3 April 2008

Anakku

Nacqrisma Mia Amyra

Share

2 April 2008

Jom kita Kira!!!!

DALAM BAS ADA 7 ORG AWEK,

SETIAP ORG BAWAK 7 BEG..

DALAM SETIAP BEG ADA 7 EKOR KUCING BETINA,

SETIAP EKOR KUCING BETINA ADA 7 EKOR ANAK KUCING…

SETIAP EKOR KUCING ADA 4 KAKI…

 

SO, BERAPA KAKI ADA DALAM BAS…

NO TRICK… TAK MASUK KAKI DRIVER….

 

BILANGAN KAKI ADALAH PASSWORD UTK FILE DI BAWAH

KALAU DAPAT BUKAK TENGOK LA NAMA2 ORG YG TERER DAN SESAPA YG

TERER BOLE ISI NAMA DAN SEND KAT ORG YG TAK TERER..

 
 

SEBARANG JAWAPAN, isi ruangan komen..


 

Share

Seniwati Veteran Yusni Jaafar meninggal dunia!

KUALA LUMPUR 1 April – Seniwati veteran, Yusni Jaafar meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Selayang akibat kegagalan hati. Yusni, 63, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.30 pagi. Menurut anak keduanya, Raja Ema, ibunya dimasukkan ke hospital itu pada 31 Januari lepas. Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah keluarga nya di 37, Jalan USJ 3/2, Taman Seafield Jaya, Subang Jaya dekat sini dan disembahyangkan di Masjid USJ 15 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21. Yusni, anak kelahiran Tumpat, Kelantan meninggalkan lima cahaya mata. Antara pencapaian Allahyarham sepanjang bergelar anak seni ialah memenangi Pelakon Wanita Komedi Terbaik Pesta Filem Malaysia Kelapan pada 1989. Lakonan terakhirnya ialah dalam filem Cuci pada tahun lepas. Filem pertama lakonannya ialah filem Panglima Badol pada 1978 dan sepanjang hayatnya telah berlakon dalam kira-kira 20 filem tempatan.

Sumber: Utusan Malaysia

Share

Penipuan ‘Phishing’

Penipuan “Phishing’ adalah tindakan yang menyebabkan seseorang pengguna internet terutamanya memberi maklumat peribadi seperti nombor kad kredit, maklumat akaun bank dan sebagainya melalui emel, mesej pop-up dan tapak web yang kelihatan sah. Akan tetapi, disebalik penipuan telah berlaku terhadap pengguna internet terbabit. Oleh itu, berhati-hatilah semasa melakukan transaksi di internet terutamanya melibatkan kewangan.

Untuk mengelakkan daripada tertipu,

  1. Jangan membalas e-mel yang tidak dikenali penghantarnya terutamanya yang meminta maklumat peribadi atau kewangan.
  2. Menggunakan perisian antivirus yang terkini dan firewall.
  3. Jangan membuat turun sebarang lampiran atau fail melalui e-mel.
  4. Jangan terus klik pautan di dalam e-mel.
Share

1 April 2008

Lagu: Cinta Tiga Segi

Lagu ini best…. lagu ini menurut sumber yang boleh dipercayai merupakan lagu yang dirakam sehari sebelum penyanyinya dihukum mati. Penyanyinya merupakan seorang banduan…

Share