Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com
Share25 Jun 2008
20 Jun 2008
13 Jun 2008
Selamat Tinggal PPNWP!!..
Saya nak ucap salam perpisahan buat semua staff di Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Maaf sekiranya tersilap kata selama kita kerja bersama. Terima kasih atas tunjuk ajar, layanan dan kerjasama yang anda semua berikan. Semoga Allah memberkati anda semua!!!!
SELAMAT MAJU JAYA PPNWP!!!!
Share11 Jun 2008
Beri galakan bekerja sambilan
Sumber: Utusan Malaysia Online
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diharap dapat memberi kelonggaran kepada kakitangan awam untuk bekerja sambilan bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup yang tinggi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A. Aziz berkata, kakitangan awam terutama yang berpendapatan rendah, seharusnya diberi peluang daripada dulu lagi untuk bekerja sambilan bagi menampung kenaikan harga barang.
Katanya, kakitangan awam boleh bekerja selepas waktu pejabat atau pada hujung minggu tidak kira dalam sektor swasta atau awam.
”Mereka boleh bekerja sebagai operator telefon, pengawal keselamatan dan penyambut tetamu, sekurang-kurangnya dalam jangka masa tiga hingga empat jam.
”Apa yang penting pada masa ini adalah masyarakat sendiri perlu merebut peluang tersebut bagi meningkatkan pendapatan untuk jangka masa panjang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat perundingan dan bengkel serantau mengenai pengawasan kemiskinan dan kesan, sempena Analisis Kemiskinan dan Inisiatif Data (PADI) peringkat Asia ke-7 di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Pakar Ekonomi Dunia, Shahid Khandker dan Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Sulaiman Mahbob.
Sabtu lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan memberi kelonggaran kepada kira-kira 850,000 kakitangan awam sokongan untuk bekerja sambilan selepas waktu pejabat.
Presidennya, Omar Osman berkata, langkah itu bertujuan memberi peluang kepada kakitangan awam terutama dalam kumpulan gaji P1 T1 untuk memperoleh pendapatan lebih bagi menampung kos sara hidup yang meningkat ekoran kenaikan harga minyak dan tarif elektrik.
Amirsham berkata, dalam suasana ekonomi yang mencabar kini, kerajaan banyak menyediakan program membasmi pendapatan rendah bagi membantu golongan tersebut keluar daripada kelompok kemiskinan.
Jelas beliau, sejak program-program yang dilaksanakan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB), kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) semakin meningkat apabila berlaku penurunan sebanyak 6.7 peratus pada tahun 1971-1990.
Menurutnya, ia memperlihatkan penurunan setiap tahun apabila kadar kemiskinan semakin menurun kepada 3.6 peratus pada tahun 2007 daripada 5.7 peratus pada tahun 2004.
”Oleh itu, kini kerajaan lebih yakin sekiranya masyarakat terus bekerja keras supaya negara dapat membasmi kadar kemiskinan sebanyak 2.8 peratus pada tahun 2010,” katanya.
Sementara itu, Amirsham memberitahu, bengkel yang diadakan itu bertujuan membasmi kemiskinan dengan mewujudkan program dan polisi untuk meningkatkan pendapatan rakyat.
Katanya, sejak bengkel seumpama itu dijalankan di beberapa buah negara, ia memberikan kesan yang memberangsangkan kepada rakyat dan KDNK negara.
”Empat faktor utama yang akan dibincangkan adalah bagaimana memberikan peluang pekerjaan yang lebih, meningkatkan pendapatan, pertumbuhan KDNK dan perancangan ekonomi untuk jangka panjang,” ujarnya.
Beliau berharap dengan program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini dan akan datang dapat membantu rakyat miskin menanggung kos sara hidup kini.
Share9 Jun 2008
Kakitangan awam dilarang kerja sambilan
|
Kementerian Sumber Manusia tidak bersetuju dengan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk membolehkan kakitangan kumpulan sokongan bekerja sambilan selepas waktu pejabat. Timbalan Menterinya, Datuk Noraini Ahmad berkata, kakitangan awam tidak boleh melakukan kerja sambilan kerana ia telah terikat dengan perjanjian dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dikhuatiri boleh mengganggu produktiviti mereka. ”Jika kakitangan awam berterusan hendak melakukan kerja sambilan, mereka hendaklah berbincang dengan pihak JPA sendiri,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas penyampaian Anugerah Hari Ibu anjuran sebuah akhbar harian dan Secret Garden di Hotel Nikko di sini hari ini. Semalam, CUEPACS mencadangkan kerajaan memberi kelonggaran kepada kira-kira 850,000 kakitangan awam kumpulan sokongan untuk bekerja sambilan selepas waktu pejabat. Menurut kongres itu, kakitangan awam bagi kumpulan P1 T1 kini berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi berikutan kenaikan harga minyak dan tarif elektrik. Noraini menjelaskan, seseorang kakitangan awam tidak boleh melakukan pekerjaan sambilan walaupun ia tidak mengganggu produktiviti mereka. Malah, katanya, kerajaan juga telah menaikkan gaji kakitangan awam pada tahun lalu bagi tujuan mengurangkan beban yang mereka tanggung. ”Kenaikan gaji itu diberi bagi membolehkan mereka mendapat pendapatan lebih tanpa perlu melakukan kerja sambilan,” ujarnya. |
Share
6 Jun 2008
Di manakah Tanda “RM”??
Geram bila aku tengok!!! Tanda harga barang jualan di sebuah stesyen pam minyak ESSO di lebuhraya KL masih menggunakan simbol “$”. Patutkah perkara seperti ini berlaku lagi???
Share






