9 Bulan Lagi..
Alhamdulillah…. itulah kata-kata syukur yang dapat aku lafazkan ke hadrat Illahi! Permaisuri hidupku sudah berbadan 2 untuk kali kedua!! Semoga selamat dan anak yang akan datang adalah Baby Boy!!!!
Alhamdulillah…. itulah kata-kata syukur yang dapat aku lafazkan ke hadrat Illahi! Permaisuri hidupku sudah berbadan 2 untuk kali kedua!! Semoga selamat dan anak yang akan datang adalah Baby Boy!!!!
Beberapa hari lagi, Ramadhan Al-Mubarak menjelma lagi. Tandanya sekalian umat Islam akan menunaikan ibadat puasa. Teringat pada Ramadhan yang lepas, ketika masih bekerja shift di WD, bersahur dan berbuka puasa bersama kawan kawan sekerja di kafe.
Untuk pengetahuan anda, dalam bahasa Sarawak, berbuka puasa juga dikenali dengan perkataan “Sungkei”.
Selamat Berpuasa kepada Semua Pengunjung Blog Familiku!
SharePantun-Pantun ini ditujukan khas kepada kawan kita Ultraman n Rksasa yang hidup di JEPUN jak..
Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.
Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.
Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman ‘fire’kan.
Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.
Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.
Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.
Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di’fire’ pula.
Orang berbudi kiter berbahaser
‘Fire’ diberi pada raksaser.
ehemm… camne rasa
membazir tak masa?
Sekian. Time kasih
Sumber: nAzlie
ShareTertutup sudah pintu .. pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau
Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Takada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi
Dengarlah matahariku suara tangisanku
Kubersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukan waktu
Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Takada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi
Berikut adalah pilihan domain yang boleh anda pilih;
.f1.cc
.br.ma
.tr.ma
.fr.cc
.fv.vc
.doc.ma
Alhamdulilah… 2 Ogos lepas, kita sekeluarga selamat berpindah ke rumah sewa baru di Country Heights (Area Penampang-Inanam). Keadaan rumah ok dan suasana yang tenang. Bagus juga untuk anak-anak kecil membesar. Sewa dalam RM500 (berbaloi jugaklah…)
Share* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
“Tunggu bas ke?”
Anda harus menjawab: “Taklah aku tengah tunggu
helikopter, lambat plak ari nie ye”
* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
“Ko nak mandi ke?”
Jawab : “Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?”
* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
“Aik? tulis surat nampak?”
Jawab : “Oh ye ke? aku tak prasan ah…tangan
aku bergerak sendiri”
* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
“Makan nasik?”
Jawab : ” Mata ko buta ke per? Kan aku
tengah minum teh ais nie?”
* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
“Baru balik dari keje?”
Jawab : “Taklah, saya dari rumah, nak pi
keje lah nie…opis saya dah pindah kat
rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis”
* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
“Eh kau sibuk ke?”
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia
pastu kompang siket pipi dia.
* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
“Eh citer melayu ke?”
Jawab : “Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro
menentang Raksaser dari Planet X…ko
tunggu jap nanti otromen kuar”.
Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!
Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??
Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!
Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!
Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???
Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!
TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..
SUMBER: Emel yang diforward
SharePertambahan anggota/staff baru di Unit Khidmat Teknikal (UKT-KKLW) Sabah menyebabkan kita berpindah ke ruangan yang lebih luas dan selesa di Pejabat KEMAS Penampang. Penat betul berpindah. Walaupun pejabat baru tidak jauh dari pejabat lama.. barang-barang, dokumen-dokumen dan kerusi meja cukup memenatkan. Hope, prestasi kerja bertambah dan semangat bekerja semakin tinggi kepada semua staff.
ShareTakrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solatyang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
(i) Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
(ii) Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
Syarat Solat Qasar
(i) Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
(ii) Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 km / 56 batu).
(iii) Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
(iv) Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
(v) Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
Share