Blog Familiku

Bukan Sekadar Blog Keluarga!!

30 September 2008

Salam Aidilfitri

Dikesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan daripada sesiapa sahaja yang mengenali Mus.
Ucapan raya ini ditujukan khas kepada,
-Warga ICU JPM PPNWP
-Warga Bahagian Pembangunan (Teknikal) Sabah.
-Pengunjung Blog Familiku!

Share

22 September 2008

Rinduku Padamu - Mega 651

CPUku Sayang
CPU Barebone MSI Mega 651

CPU Barebone ni aku tinggalkan selama 8 bulan di Sarawak. Balik raya ni aku bawa sekali ke Sabah!!

Share

19 September 2008

Pasar Pilipin Kota Kinabalu

Sedap!!  Gerai  Segar Dari Laut  Wing

Share

17 September 2008

Nacqrisma Mia Amyra Mustaffa

birthday myra (2)  birthday myra (5)

Share

16 September 2008

Tiada Kesedaran Sivik

Hidup bermasyarakat mementingkan kesefahaman semua anggota masyarakat. Kehidupan pasti sempurna dengan adanya sifat hormat-menghormati, bertimbang-rasa.

Lain pula apa yang aku lihat petang tadi, kira-kira 2jam sebelum berbuka puasa. Ada sebuah kedai makan cina yang terletak di tepi jalan membuat BBQ. Kalau yang di’bbq’ tu ayam, daging lembu tak jadi masalah.. Tapi.. B@b!.

Semangat nak berbuka puasa terus hilang bila teringat ‘benda’ tu. Alangkah baiknya jika nak buat sesuatu, fikirlah masyarakat sekeliling!

Share

12 September 2008

Jawatan-jawatan Kosong (Sarawak)

No. Nombor Iklan Jawatan Tarikh Iklan Tarikh Tutup
1. S69A2008 PEMBANTU AM RENDAH 23-08-2008 12-09-2008
2. S68A2008 PEKERJA RENDAH AWAM 23-08-2008 12-09-2008
3. S67A2008 JAGA 23-08-2008 12-09-2008
4. S66A2008 PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR 23-08-2008 12-09-2008
5. S65A2008 PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR (PENJALAN JENTERA) 23-08-2008 12-09-2008
6. S64A2008 PEKERJA RENDAH AWAM KHAS (PRAK) 23-08-2008 12-09-2008
7. S63A2008 PEKERJA RENDAH AWAM KHAS (OPERATOR LOJI) 23-08-2008 12-09-2008
8. S62A2008 PEKERJA RENDAH AWAM KHAS (OPERATOR PAM) 23-08-2008 12-09-2008
9. S61A2008 PEKERJA RENDAH AWAM KHAS (ATENDAN PAM) 23-08-2008 12-09-2008
10. S60A2008 PEKERJA RENDAH AWAM KHAS (OPERATOR JENTERA) 23-08-2008 12-09-2008
11. S59A2008 PENGHANTAR NOTIS 23-08-2008 12-09-2008
12. S58A2008 TUKANG K3 (TUKANG PAIP) 23-08-2008 12-09-2008
13. S57A2008 PENGAWAL KESELAMATAN 23-08-2008 12-09-2008
14. S56A2008 OPERATOR MESIN PROSESAN DATA 23-08-2008 12-09-2008
15. S55A2008 PEMBANTU TADBIR RENDAH (PEMBACA METER) 23-08-2008 12-09-2008
16. S54A2008 PEMBANTU TABDIR RENDAH (JURUTAIP) 23-08-2008 12-09-2008
17. S53A2008 JURUTEKNIK (MEKANIKAL) 23-08-2008 12-09-2008
18. S52A2008 PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) 23-08-2008 12-09-2008
19. S51A2008 PEMBANTU PENILAIAN 23-08-2008 12-09-2008
20. S50A2008 PEMBANTU PENERBITAN 23-08-2008 12-09-2008

Sumber: e-Recruitment

Share

11 September 2008

Tamat Kursus Induksi

Alhamdulillah… Sampai juga aku akhirnya  di rumah di Country Heights, Kota Kinabalu. Flight MH2662 bertolak dari KLIA pada jam 4.55petang dan sampai kira-kira 2jam 30 minit kemudian.

Pengalaman kali ini cukup bermakna kerana berbuka puasa di atas awan. Syok jugak… time perut tengah lapar berpuasa… dihidangkan Nasi Kerabu Bebola Daging!!

Terasa sedih jugak bila berpisah dengan rakan-rakan sekursus. Rakan-rakan terdiri daripada pihak Bahagian Pembangunan (Teknikal) Putrajaya & Negeri, Institut Kemajuan Desa (INFRA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Unit Audit Dalaman, Bahagian Kewangan, Pengurusan Sumber Manusia KKLW dan Agensi-agensi yang lain.

Share

9 September 2008

Kursus Induksi Khusus Siri 3/2008 KKLW

Hari ini hari ke 3 kita berada di Institut Penilaian Negara (INSPEN) Bangi untuk menghadiri kursus induksi. Banyak ilmu yang kita dapat, terutama mengenai Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah.

Terasa rindu berjauhan dengan anak dan isteri. Yalah.. tugas tetap tugas. Kita seramai 9 orang dari UKT Sabah akan bertolah bertolak balik pada petang Khamis ni.

Nak ucap terima kasih kepada Lydia & Keluarga kerana menumpangkan saya dari rumah ke KKIA.

Hope selamat pergi selamat balik….

Share

5 September 2008

Laman Web, Portal & Blog sendiri??

Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki laman web/blog/portal peribadi seperti;

http://nama-anda.com
http://nama-anda.net
http://nama-anda.org
http://nama-anda.biz

dengan harga bermula dari RM80.00
termasuk daftar domain dan webhosting

Sila EMEL ke strennz@yahoo.com

Your email:  
Subscribe Unsubscribe  
Share

4 September 2008

Jawatan Kosong Di Malaysia

Kepada semua pencari-pencari kerja sekarang, aku pun pernah mengalami apa yang sedang anda alami. Berpuluh surat dan temuduga di hadiri. SPA Malaysia, e-recruitment (Sarawak), Jobstreet dan banyak lagi adalah laman web tumpuan aku ketika itu.

Kepada rakan-rakan semua, jangan putus asa mencari kerjaya/pekerjaan yang anda minat. Rajin-rajinlah isi jawatan kosong peringkat negeri (state) atau persekutuan (federal) atau apa-apa iklan jawatan kosong yang anda rasa sesuai dan boleh disesuaikan dengan kelayakan anda.

Usaha tangga kejayaan.

Share

Jom buat favicon.ico

Kali ini, kita berkongsi bagaimana kita nak buat & upload favicon.ico anda ke laman web anda. Mudah & Senang!

Langkah-langkah mudah;

  1. Buka laman favicon.cc dengan klik di atas.
  2. Designlah icon yang anda suka. Nak yang statik ke nak yang bergerak, boleh pilih!!!
  3. Lepas itu, save.
  4. Tambah skrip yang diperlukan di dalam halamn yang dipilih. (contoh:index.html, index.php)
  5. Kemudian, upload ke server
  6. Siap

Arahan Skrip

<head>
<link href=”/URL_Laman_Web_Anda/favicon.ico” rel=”icon” type=”image/x-icon” />
</head>

sebarang kesilapan, sila hubungi admin.

Share

Ramadhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Share

1 September 2008

Puasa, Raya & Budaya.

Uhh… baru sehari berpuasa, dah bingit telinga mendengar lagu raya di gedung membeli-belah. ada baiknya juga kerana semangat raya tu bertambah. tapi, malu jugalah tengok ada segelintir umat islam yang sepatutnya/wajib berpuasa… buat-buat tak tahu jer ini bulan ramadhan al-mubarak.

Ada perbezaan yang aku lihat dari segi pembukaan kedai makan muslim. di sarawak, rata-rata kedai makan/minum ditutup pada siang hari. tetapi di sabah, kedai makan/minum dibuka seperti biasa. pelik jugaklah bila melihat pekerjanya yang bertudung menghidangkan makanan kepada pelanggan yang tidak diketahui status agamanya…

anda ada apa-apa komen?

Share