Wayback Machine - Internet Archive merupakan sebuah laman web arkib yang menyimpan data laman web dari tahun 1996 sehingga sekarang. Kita boleh melihat apa sahaja laman web yang ada sekarang dan membandingkan keadaannya pada masa/kira-kira 10 tahun lepas (semasa laman web tersebut baru dilancarkan). Pastinya anda ingin melihat bagaimana rekabentuk laman web Yahoo!, Hotmail, Google dan banyak laman web lain.
Sebagai Contoh: Ini adalah laman web yang aku pernah banggakan pada tahun 2004 di mana aku mula berjinak-jinak dalam dunia pembangunan laman web.
Realportal.tk
Laman web ini menggunakan hosting percuma dan telah tamat tempoh hosting (expired). Anda boleh melihat perubahan yang berlaku dengan membuka/klik pada tarikh-tarikh yang ditelah diarkibkan
Share
Bagi yang ingin menceriakan blog masing-masing dengan grafik-grafik yang menarik dan berkualiti, anda bolehlah mendapatkan grafik-grafik tersebut dari DryIcons.com. Terdapat banyak pilihan dan dibawah adalah contoh-contoh grafik tersebut






Share
Kerja | mustaffa @ 3:31 am
Masukkan kata laluan anda untuk melihat komen

Al-Quran Online
Kesibukan kita seharian tidak membataskan kita untuk membaca kitab suci Al-Quran. QuranFlash.com menyediakan menyediakan A-Quran secara on-line. Capaian boleh dilakukan selagi ada sambungan Internet. Selain itu, paparannya menarik Al-Quran versi maya ni seakan-akan kita membaca Al-Quran yang sebenar
Kurangkan membaca gossip, fitnah & cerita yang tidak berfaedah. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan beramal ibadat.
Jom Berubah!!!
Share
Seperti yang kita ketahui bahawa Wordpress merupakan sebuah laman web yang menyediakan kemudahan hosting blog. Keupayaan WP memang tidak dapat dipertikaikan lagi.
Selain Wordpress, hostablog.net yang dikendalikan oleh Nocser Technology juga menyokong Wordpress untuk menyediakan kemudahan hosting blog secara percuma menggunakan flatform WordPress.
hostablog.net menyediakan lebih banyak pilihan seperti banyak tema yang sudah disediakan dan plug-in asas yang sesuai untuk sebuah blog.
Selamat Mencuba!!
Share
Masa aku balik ke Sarawak raya lepas, aku terjumpa satu perisian yang kira lama koleksi aku yang mungin korang dah biasa/tak biasa dengar namanya iaitu Connectix Virtual PC.
Melalui perisian ini, korang boleh belajar cara nak format, install atau repair windows. Selain itu, bagi sesiapa yang suka nak mencuba Windows baru.. perisian ini memang sesuai sangat.
Connectix Virtual PC ni berfungsiseperti kita membina set komputer baru. Tetapi set komputer tersebut adalah maya/virtual. Jadi, Tak kisahlah.. berapa banyak WIndows yang korang nak install. Kira tak perlu formatkan harddisk kita. Cuma kita format virtual harddisk saja.
Mudah & Jimatkan?
[ MUAT TURUN ]
Share

Kalau boring-boring tu, jomlah ke laman blog ni. Laman blog ini menyediakan pelbagai tip menarik untuk anda. Telah dicuba dan ternyata berkesan.
Share
Isteri hendaklah menjaga adab serta menghormati suaminya terutamanya ketika mengandung. Antara adab yang harus dipraktikkan oleh isteri terhadap suaminya adalah ;
+ SAYANGILAH suami, kerana dia merupakan teman dan kekasih yang paling hampir dengan kita.
+ MENJAGA TUTUR-KATA @ perkataan terhadap suami. Jangan mengeluarkan perkataan yang kotor dan sebagainya.
+ MENASIHATI suami daripada menanggung bebanan hutang. Kita sebagai isteri sepatutnya menerima suami dengan apa adanya. (apa yg suami mampu) (lagi…)
Share
Untuk membuka perisian lama di Windows XP, sila guna ‘Compatibility Mode’.
• Right-click pada fail perisian tersebut (contoh: perisian.exe) atau Shortcut perisian yang anda buka.
• Pilih Tab yang berlabel ‘Compatibility’. (lagi…)
Share
Raya tahun ni rasanya tak semeriah raya tahun lepas. Ramai saudara-mara dan kawan-kawan tidak balik beraya di kampung atas urusan kerja dan giliran beraya di sebelah keluarga di semenanjung. Tapi, kira bersyukurlah juga kerana dengan izin Yang Maha Esa dapat juga beraya bersama keluarga di Sarawak.
Raya tahun ini telah mempertemukan Mus dengan kawan sekolah (Jemani) yang boleh diiktiraf sebagai Sahabat Karib semasa bersekolah di SM Teknik Matang, Kuching (2001-2002). Segala susah senang dilalui bersama. Enam tahun meninggalkan sekolah, sekarang kita masing-masing sudah berkeluarga dan dikurniakan anak.
Raya tahun lepas.. dirayakan di tempat kerja (WD Media) kerana raya ke-3 sudah mula bertugas semula. Berlainan pada tahun ini kerana dapat bercuti panjang selama dua minggu. Alhamdulillah…
9 Oktober nanti.. kita sekeluarga akan kembali semula ke Kota Kinabalu…
Share